Sunday, 23 August 2015

Rumah Panjang (Kaum Bidayuh)

 Pengenalan Suku Kaum Bidayuh

Kaum Bidayuh merupakan suku kaum yang berpopulasi di kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Kuching, Kalimantan dan Serian. Suku kaum bidayuh dikategorikan kepada empat etnik. Antaranya ialah :
  1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  2. Jagoi/Singai (Daerah Bau)
  3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)
  5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)
Kebanyakkan kaum bidayuh ini adalah dalam golongan yang beragama Kristian.
Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Kebiasaannya, rumah panjang suku kaum Bidayuh ini terletak di dalam kawasan pedalaman dan di kawasan tanah tinggi.  Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh lebih kurang sama dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian yakni bilik utama, awah dan tanju.

Bilik Utama
Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari.

Awah(Bahagian Tengah)Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya.









Tanju
"Tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.
Rumah Panjang Kaum Bidayuh di Mongkos

Bahagian Tengah Rumah (Ruai)

Bahagian Tanju (Beranda)

Pandangan Bahagian Depan Rumah Panjang Kaum Bidayuh

No comments:

Post a Comment